x


Friday 21 October 2011

Kepentingan Nutrisi



Kepentingan NutrisiPencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. Rujuk kepada artikel "Kesihatan Sistem Pencernaan."
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.



Cabaran memenuhi keperluan nutrisi

Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.StresGaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.Suplemen VitaminSuplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:

  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Rujuk kepada doktor sebelum memukakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan bayi.
  • Jangan gunakan vitamin atau mineral sebagai pengganti kepada ubat atau menghentikan pengambilan ubat tanpa pengesahan doktor.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


Asas Pengambilan Suplemen

Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.

Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.


Artikel ini dipetik dari "World Digestive Health Day, 2008."

10 Tips Penjagaan Vagina



1. Pakai seluar dalam diperbuat daripada kain cotton
Kain cotton baik untuk menyerap peluh. Ini membantu kemaluan wanita daripada lembap yang akan mengakibatkan terkumpulnya bakteria penyebab infeksi dan kegatalan. Jika memakai pantyliner, pastikan pantyliner itu selamat dari sebarang kandungan bahan toksik atau kimia yang merbahaya.
2. Elakkan daripada melakukan hubungan seksual ketika terkena infeksi
Bagi wanita yang sudah berkahwin, elakkan dari melakukan hubungan kelamin jika anda terkena infeksi dan kegatalan seperti keputihan yang banyak dan berbau. Dapatkan rawatan pakar. Jangan menggunakan ubat2an sebarangan.
3. Banyakkan makan sayur dan buah2an
banyakkan makan buah2an dan sayuran kerana buah2an dan sayuran mengandungi serat yang tinggi dan antioksida. Ini membantu mengelak dari terkena infeksi bagi vagina wanita.
4. Jangan gunakan sabun pembasmi kuman atau pewangi vagina
Ramai yang tidak tahu bahawa, penggunaan sabun pewangi dan pembasmi kuman kepada vagina adalah tidak digalakkan. Kerana sabun pembasmi kuman tersebut mungkin akan menghapuskan segala bakteria termasuklah bakteria baik untuk merawat infeksi vagina secara semula jadi.
5. Jaga kebersihan ketika datang haid
Ketika datang haid, wanita haruslah kerap menukar tuala wanita unuk mengelakkan infeksi. Cuci vagina bagi membuang segala kekotoran bagi mengelakkan kuman membiak. Ini juga mengelakkan wanita dari berbau ketika datang haid.
6. Keringkan selepas buang air
Jangan biarkan alat kelamin dalam keadaan basah dan lembap. Pastikan ia dikeringkan dahulu sebelum memakai seluar dalam.
7. Jangan menggaru sekiranya terasa gatal
Sekiranya anda mengalami infeksi dan kegatalan, jangan menggaru alat kelamin kerana ini akan menambah kerengsaan kerana kuku anda mengandungi kuman yang banyak. seelok2nya bersihkan ia dengan kain yang dibasahkan dengan air suam.
8. Kerap menggantikan seluar dalam
Penggunaan seluar dalam yang diperbuat dengan kain cotton yang menyerap lembapan adalah terbaik. Jadi anda harus menggantikan seluar dalam dengan kerap 3-4 kali sehari sebaik2nya untuk mengelakkan anda terkena infeksi.
9. Cuci dengan bersih menggunakan air secukupnya
Cara yang terbaik ntuk membersihkan vagina adalah dengan mencucinya dengan menggunakan air yang bersih secukup2nya. Cuci dengan bersih samada anda mengalami keputihan atau tidak.
10. jangan memakai seluar yang terlalu ketat
Bagi wanita, jangan memakai seluar yang terlalu ketat. Seluar yang ketat akan menghalang pengudaraan yang baik!


credit :
gadisdanwanita.com.

Tip - tip kesihatan



Tips Kesihatan 1

Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu  mahalnya nikmat tersebut.Sebenarnya Islam lebih advance dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.
Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan  sakit perut atau keracunan makanan.... 
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda. 

 

TIP KESIHATAN 2


KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

            Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.
            Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ºC. 

Tips Kesihatan 3


KEPENTINGAN AIR BERALKALI

            Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.
 
            Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral.Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali. 

Tips Kesihatan 4

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK
PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

            Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,

Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja. 

Tips Kesihatan 5

Memilih Makanan Yang Sihat

            
Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

DonatSetiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayamMakanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.
Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.

Minuman perisa buahRata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula.  Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka. 

Thursday 20 October 2011

MAKANAN BERALKALI BAIK UNTUK BADAN




MENGIKUT pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.
Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.
Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.
Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan beralkali, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.
Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.

Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
  • Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)




  • Pencemaran




  • Gaya hidup tidak aktif




  • Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:




  • Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.  




  • Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.




  • Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.

  • “Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.




  • Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:




  • Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)




  • Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)




  • Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.
     Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.
    “Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.
    Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.
    Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.
    Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.
    Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.



  • Kulit kekal anjal


    Kolagen


    Kolagen merupakan sebahagian daripada kulit kita dan merupakan pembangun utama pada dermis , salah satu lapisan kulit. Kolagen penting untuk menjaga kulit tetap tegang dan anjal. Apabila usia meningkat maka kulit mula berkedut dan tidak bermaya. Teori masa kini menyatakan kulit berkedut dan lesu kerana tidak mampu menyimpan air. Kandungan air dalam kulit yang tua sangat sedikit menjadikannya mengecut.


    Dengan bertambahnya usia, kolagen pada kulit mulai susut. Saat kulit kita masih sehat, helaian-helaian kolagen meluncur dengan mudah satu sama lain sehingga kulit kembali normal selepas kita meregangkan wajah kerana tersenyum atau mengerutkan dahi. Namun, ketika kolagen mulai hilang, kulit kehilangan elastik dan tidak kembali normal. Maka garis kedut mula kelihatan.
    Pada usia sekitar 25 tahun, tubuh juga mulai kehilangan kolagen sebanyak 1.5 peratus setiap tahun. Akibatnya, kolagen yang rosak tidak mampu memberikan sokongan yang baik untuk lapisan kulit teratas. Saat itulah kulit mulai menjadi kedut yang membawa maksud kolagen tidak berfungsi lagi.


    Vitamin C


    Askorbik asid ataupun vitamin C merupakan salah satu agen yang menjaga kulit. Tanpanya proses penghasilan kulit yang baik tidak dapat berlaku. Sesetengah daripada kita mengalami masalah di mana penyerapan vitamin dari perut tidak berkesan. Apabila makan vitamin hampir kesemuanya larut dan dibuang semula melalui najis dan air kencing.


    Selain suntikan, vitamin C juga digunakan sebagai agen pencerah secara titisan ke dalam kulit. Vitamin C juga turut dimasukkan ke dalam bahan kosmetik bagi memberi kesan pencerahan pada kulit.


    Vitamin C merupakan vitamin larut air. Vitamin c bertindak sebagai agen pembaik pulih tisu dalam tubuh. Ia membantu tubuh membentuk kolagen sejenis protein yang penting untuk menguatkan kulit, rawan, tendon ligamen dan salur darah. Ia penting untuk membaik pulih luka dan meningkatkan kepadatan tulang dan gigi.


    Vitamin C juga bertindak sebagai anti oksida bersama dengan vitamin E dan beta-carotene. Anti oksidan menghalang kerosakan disebabkan radikal bebas iaitu bahan yang merosakkan DNA. Kerosakan DNA menyebabkan barah, masalah jantung dan artritis.


    Placenta


    placenta mengandungi Growth factors, hormon, antibodi dan kandungan nutrisi yang mampu memudakan semula tisu organik. Ia mengandungi protein istimewa yang meregulasi proses hormon dan menguatkan sistem imunisasi.


    Kelebihan placenta ialah sebagai agen anti penuaan, mencantikkan kulit, meningkatkan keupayaan fizikal dan memberi kesihatan yang baik. Terdapat banyak jenis placenta yang diproses dengan kaedah recombinant DNA teknologi. Placenta menjadi agenda yang penting dalam perubatan anti aging. Teknologi recombinant membolehkan sintesis placenta sintetik yang begitu baik sekali dapat dihasilkan.

    bersin vs menguap









    Rasulullah bersabda:

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, “Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabil seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa kerananya”. Sahih Bukhari, 6223.

    Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadis di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadis itu. Yaitu bahawa bersin terjadi kerana badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang. Ini berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi kerana badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk bergerak, hal ini kerana banyaknya makan . Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)


    Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

    Rasulullah bersabda:
    Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

    Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahawa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan kerana organ pernafasan kurang dalam menghantar oksigen kepada otak dan tubuh. Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pening, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah pergerakan menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Kerana mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menyaring udara seperti hidung. Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh kerana itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan belakang tangan kiri.

    Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkeluar dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaitan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh. Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155)