x


Tuesday 27 September 2011

Apa itu neonatal jaundice??..

JAUNDIS


•Penguningan kulit atau pada putih mata menandakan kelebihan bilirubin dalam darah.
•Jaundis berlaku apabila terdapat kelebihan pembinaan sel merah dalam darah.
•Bilirubin: sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses
dalam hati sebalum dikeluarkan ke dalam najis.
•Paras normal bilirubin: 8 umol/L.


JENIS – JENIS JAUNDIS


1.Jaundis fisiologikal:
•Berlaku pada hari ke 3 atau hari ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah  merah yang
lama pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk mengeluarkan bilirubin secara
efektif daripada badan.


2.Jaundis patologikal:
•Disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama.


3.Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice):
•Jaundis selepas bayi berumur lebih 2 minggu.
•Memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut
masih kuning selepas 2 minggu.




TANDA –TANDA JAUNDIS


•Terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
•Ketinggian kuning yang cepat.
•Anak terdahulu pernah mengalami jaundis yang teruk.
•Bayi kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
•Najis bayi kelihatan pucat dan air kencingnya pekat.


KOMPLIKASI


ØGangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak dibahagian kawalan pendengaran.
ØKerosakan otak yang teruk (kernicterus) oleh pigmen hempedu (bilirubin).


RAWATAN


1.Menggunakan cahaya lampu ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan
cahaya:
•Untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada
bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya dari tubuh.
•Tujuan: mengawal paras bilirubin agar tidak mencapai pada tahap membahayakan.
•Kesan sampingan: bayi boleh dehidrasi.
                                                              
Rawatan fototerapi



2. Pertukaran darah:
•Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 8umol/L.
•Ini adalah rawatan terkhir bagi menghindarkan dari terjadinya kerosakan otak.



No comments:

Post a Comment