x


Saturday 8 October 2011


Teh Mampu Melawan Pelbagai Risiko Penyakit




Khasiat Teh

Di sebalik kenikmatan dan kelazatan teh, terkandung juga khasiat yang menyihatkan badan dan mampu mencegah dari serangan penyakit terutama sekali teh hijau. Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah kardiovaskular, stroke dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal.
Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya. Penyebabnya adalah kerana penduduk di situ lebih suka minum teh hijau secara teratur ditambah lagi dengan keadaan alam semulajadi yang masih terpelihara.
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi dalam tubuh manusia. Molekul ini dapat merosakkan sel manusia. Molekul inilah yang menjadi salah satu penyebab kanser, termasuk berbagai jenis penyakit lain seperti jantung dan penuaan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Antara jenis kanser yang boleh dicegah ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser dubur, kanser hati dan kanser pankreas.

Berikut disenaraikan khasiat teh hijau secara ringkas :

  • Membantu membakar lemak
  • Teh hijau dapat membantu mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu hati berfungsi secara lebih efektif.
  • Melindungi daripada hepatitis
  • Hepatitis diukur dari tingginya kadar zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan kadar zat besi di dalam badan.
  • Melindungi daripada diabetes
  • Tingginya glukosa dan insulin dalam darah boleh menjadi penyebab diabetes. Polifenol dari teh hijau menghalang ´amylase´ sehingga dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
  • Mencegah keracunan makanan
  • Minum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti ´clostridia´.
  • Menurunkan tekanan darah
  • Penyebab utama hipertensi adalah sejenis enzim yang dikeluarkan oleh ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal ialah ´ACE inhibitor´. Teh hijau merupakan ´ACE inhibitor´ semulajadi dan beberapa kajian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Bahaya Teh

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.
Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.

Tips Menjadi Bijak

Otak manusia pada dasarnya merupakan sebuah komputer biologi. Ia memerlukan makanan , oksigen dan juga latihan untuk menjadi lebih kuat , seperti juga tubuh badan manusia . Terdapat beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk menjadikan melatih otak anda supaya dapat bekerja dengan lebih cepat .  Mungkin anda tidak mampu menjadi sebijak Albert Einstein , tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak melatih otak anda .



Tips – tips menjadi lebih bijak :


  1. Ambil dos EPA / DHA dengan secukupnya
  2. EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya, jadi mengapa tidak memberikannya kapsul minyak ikan setiap hari untuk meningkatkan kekuatannya. Kajian menunjukan bahwa minyak ikan dapat memfasilitasi peningkatan aktiviti pada otak, memperlancar peredaran darah, meningkatkan memori dan konsentrasi
    2. Kerap kali membuat teka – teki untuk melatih otak berfikir
      Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak Anda tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika Anda tidak berlatih secara regular, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksimum.
      3. Rajin berjalan kaki @ bersenam di waktu petang
      Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan pikiran yang dapat mengurangi percakapan mental yang mengganggu logika dan fikiran konstruktif. Sebuah perjalanan di pinggiran kota, dekat sungai atau sekedar di taman akan membantu Anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu pikiran Anda tetap jernih.
      4. Ketawa
      Tawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak pada saat yang bersamaan. Pastikan Anda tertawa setiap harinya.

Friday 7 October 2011

Hidung Berdarah



Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Berdengkur

Apa itu berdengkur?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

Snoring_2
snoring_m
Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Tuesday 4 October 2011

PEDIH ULU HATI









Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. 

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD) 


Tanda dan gejala

§  Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
§  Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
§  Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin dibelakang
tekak.
§  Sendawa
§  Batuk yang teruk

§  Suara menjadi serak

§  Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus. 

Rawatan

Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala. 
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.
 

Pembedahan

Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan.