x


Thursday 20 October 2011

kebaikan jambu batu (guava)



Sebut saja Vitamin C, ramai akan segera terbayangkan Buah Oren atau Buah Blackcurrent. Kita semua telah maklum yang Vitamin C baik untuk kesihatan. Ia memberikan kulit yang cantik and membantu tubuh menentang jangkitan radical bebas. Ramai daripada kita memakan Oren kerana ia adalah sumber terbaik Vitamin C yang boleh diperolehi. Berapa ramai darpada kita pernah memikirkan tentang buah-buahan tempatan,misalnya jambu batu? Tahukah anda buah ini kaya dengan Vitamin C, dapat mengalahkan Oren yang di import. Ia mengandungi empat kali Vitamin C yang terdapat dalam oren dan kira-kira lima kali dalam lemon! 100g buah ini mengandungi 152mg Vitamin C berbanding bahagian yang sama bagi oren (39.6mg), dan lemon (32.6mg). Jambu batu juga mengandungi Vitamin A dan Vitamin B. Setiap 100g jambu batu memberikan 10mcg Vitamin A. Walaupun tidak sebanyak yang terdapat di-dalam oren, jumlah ini kira-kira 10 kali dalam lemon. Vitamin A penting untuk PENGLIHATAN yang baik. Selain Vitamin ini, jambu batu juga memberikan lebih Vitamin berbanding gabungan oren dan lemon. Jambu batu kaya dengan sumber serat dan mengandungi 6.8g serat bagi setiap 100g. Ini merupakan 68 kali jumlah yang ditemui dalam oren dan 17 kali dalam lemon. Serat dapat membantu proses penhadaman dan mencegah sembelit. Di samping Vitamin dan serat, buah ini juga memberikan sejumlah galian seperti kalsium, fosforus dan zat besi dan sedikit protein.

No comments:

Post a Comment