x


Thursday 20 October 2011

tips penjagaan kulit






Penjagaan kulit adalah penting bagi menjaga penampilan kita. Kulit yang sihat memberikan keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Saya ingin berkongsikan beberapa tips penjagaan kulit dengan anda semua supaya penampilan anda sentiasa penuh keyakinan dengan memiliki kulit yang sihat.
Antara tips-tips penjagaan kulit supaya sentiasa sihat adalah:
1) Sentiasa membersihkan kulit
Untuk membersihkan kulit anda perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika anda lebih banyak berpeluh maka anda perlu mandi dengan lebih kerap lagi. Mandi menggunakan sabun adalah tidak memudaratkan tetapi apabila anda menggunakannya secara berlebihan maka ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering kerana ia telah menyingkirkan sebum di kulit anda. Penggunaan air panas juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering. Gunakan sabun atau pencuci yang lembut jika anda mempunyai kulit kering. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, elakkan sabun dan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang kulit.
2) Menggunakan pelembap selepas mandi
Jika anda mempunyai kulit yang kering anda perlu menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit anda. Dengan menggunakan pelembap kulit ia akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Dan bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak maka anda tidak perlu lagi menggunakan pelembap. Anda boleh menggunakan pelembap kulit untuk disapu pada kulit yang kering sahaja.
3) Lindungi kulit cahaya matahari
Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari. Ini kerana kulit anda akan menjadi rosak jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari. Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari apabila dirasakan perlu. Pelindung matahari juga perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas anda berenang.
4) Bersenam selalu
Kalau nak badan sihat mesti semua orang akan cakap kena bersenam selalu. Begitulah juga kalau anda mahukan kulit anda sentiasa sihat dan cantik maka anda perlulah selalu bersenam. Ini kerana jika bersenam secara konsisten ia akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ dalam badan termasuklah juga kulit anda. Ia juga akan sentiasa mengekalkan kesihatan kulit anda. Badan yang sihat juga penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat.
5) Jaga permakanan
Makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat. Ini kerana anda adalah apa yang anda makan. Anda perlu mengambil makanan yang seimbang yang mengandungi sumber protein, vitamin dan juga mineral. Untuk mendapatkan kulit yang sentiasa sihat dan cantik anda perlu banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin yang sangat baik untuk kulit anda
Jadi, penjagaan kulit anda adalah penting seperti anda menjaga perkara-perkara lain didalam hidup anda. Kulit yang sihat dan cantik sentiasa dingini oleh setiap orang. Semoga dengan tips-tips yang diberikan akan member manfaat kepada anda untuk menjaga kulit anda supaya sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment