x


Friday 21 October 2011

10 Tips Penjagaan Vagina



1. Pakai seluar dalam diperbuat daripada kain cotton
Kain cotton baik untuk menyerap peluh. Ini membantu kemaluan wanita daripada lembap yang akan mengakibatkan terkumpulnya bakteria penyebab infeksi dan kegatalan. Jika memakai pantyliner, pastikan pantyliner itu selamat dari sebarang kandungan bahan toksik atau kimia yang merbahaya.
2. Elakkan daripada melakukan hubungan seksual ketika terkena infeksi
Bagi wanita yang sudah berkahwin, elakkan dari melakukan hubungan kelamin jika anda terkena infeksi dan kegatalan seperti keputihan yang banyak dan berbau. Dapatkan rawatan pakar. Jangan menggunakan ubat2an sebarangan.
3. Banyakkan makan sayur dan buah2an
banyakkan makan buah2an dan sayuran kerana buah2an dan sayuran mengandungi serat yang tinggi dan antioksida. Ini membantu mengelak dari terkena infeksi bagi vagina wanita.
4. Jangan gunakan sabun pembasmi kuman atau pewangi vagina
Ramai yang tidak tahu bahawa, penggunaan sabun pewangi dan pembasmi kuman kepada vagina adalah tidak digalakkan. Kerana sabun pembasmi kuman tersebut mungkin akan menghapuskan segala bakteria termasuklah bakteria baik untuk merawat infeksi vagina secara semula jadi.
5. Jaga kebersihan ketika datang haid
Ketika datang haid, wanita haruslah kerap menukar tuala wanita unuk mengelakkan infeksi. Cuci vagina bagi membuang segala kekotoran bagi mengelakkan kuman membiak. Ini juga mengelakkan wanita dari berbau ketika datang haid.
6. Keringkan selepas buang air
Jangan biarkan alat kelamin dalam keadaan basah dan lembap. Pastikan ia dikeringkan dahulu sebelum memakai seluar dalam.
7. Jangan menggaru sekiranya terasa gatal
Sekiranya anda mengalami infeksi dan kegatalan, jangan menggaru alat kelamin kerana ini akan menambah kerengsaan kerana kuku anda mengandungi kuman yang banyak. seelok2nya bersihkan ia dengan kain yang dibasahkan dengan air suam.
8. Kerap menggantikan seluar dalam
Penggunaan seluar dalam yang diperbuat dengan kain cotton yang menyerap lembapan adalah terbaik. Jadi anda harus menggantikan seluar dalam dengan kerap 3-4 kali sehari sebaik2nya untuk mengelakkan anda terkena infeksi.
9. Cuci dengan bersih menggunakan air secukupnya
Cara yang terbaik ntuk membersihkan vagina adalah dengan mencucinya dengan menggunakan air yang bersih secukup2nya. Cuci dengan bersih samada anda mengalami keputihan atau tidak.
10. jangan memakai seluar yang terlalu ketat
Bagi wanita, jangan memakai seluar yang terlalu ketat. Seluar yang ketat akan menghalang pengudaraan yang baik!


credit :
gadisdanwanita.com.

6 comments:

  1. salam,

    artikel ini diambil bulat2 dari gadisdanwanita.com. minta jasa baik untk berikan kredit kepada kami. terima kasih

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab kami baru belaja buat blog nie.

    ReplyDelete
  3. sama2. :) blog ni bagus. tapi rasanya lagu tu tak perlu. kebanyakkan readers tak selesa kalau ada byk tab sekalgus dibuka, nnt akan becampur. kalau nk beriklan secara percuma dgn kami selama sebulan, boleh emel admin@gadisdanwanita.com :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. tolong remove gambar dkt post ni. kalau awak nk guna, awak save as dan upload semula. jgn copy link sbb gambar tu di hosting di website kami dan akan efek kami punya bandwidth. harap maklum tq :)

    ReplyDelete
  6. thanks,lagipon blog ini di buat sekadar memenuhi skop pembelajaran kami,bukan untuk tujuan lain.

    ReplyDelete